Selamat Melayari Blog ini..

Tentang diri saya...

Monday 2 August 2010

cita-cita seorang guru biasa...

Dah masuk 5 tahun mengajar ni..memang banyak cabarannya...
Sekarang dah ada 2 orang anak sendiri..barulah tahu ..macam mana susahnya..seorang ibu nak membentuk seorang anak menjadi insan yang berjaya..

bagi saya, sebagai seorang guru, pencapaian 100% di sebuah sekolah bandar tidak menjamin 100% disekolah luar bandar apabila mengajar di sana..

Tuesday 9 March 2010

Buletin saya

ni masa belajar buat buletin dalam subjek teknologi maklumat dalam pendidikan...

taklimat


Sila ambil perhatian bahawa taklimat khas untuk pelajar dpli kohok 2 akan diadakan .Dan untuk mengetahui selanjutnya KLIK DI SINI SEKALI dan diharap dapat disebarkan.

Tuesday 26 January 2010

SINOPSIS JURNAL TERPILIH

Tajuk:PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN BAHAN P&P BERASASKAN WEB - Webquest BAGI MATA PELAJARAN ICT.

http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB%5B07%5D.pdf

Jurnal ini telah menghuraikan tentang perkembangan ICT yang telah menukar wajah P&P melalui penggunaan komputer,LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih.Pelajar dapat akses kepada pelbagai jenis maklumat dari pelbagai sumber.Ia meliputi "belajar tentang ICT" dan "belajar dengan ICT".Pelajar dapat terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang merangkumi sesi perbincangan maya.Ilmu yang disampaikan juga perlu sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.Tetapi untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai subjek ini dalam masa yang lebih cepat, enam komponen Webquest telah direka bentuk untuk pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet.Kelebihannya ialah kandungan dan maklumat yang disampaikan adalah teratur , memudahkan pembelajaran,menarik perhatian untuk belajar, tidak membosankan dan memudahkan pelajar membuat rujukan.Kesimpulannya saranan kerajaan Malaysia supaya mengaplikasi ICT di sekolah sangat tepat setanding dengan negara maju yang lain di dunia.