Selamat Melayari Blog ini..

Tentang diri saya...

Tuesday 26 January 2010

SINOPSIS JURNAL TERPILIH

Tajuk:PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN BAHAN P&P BERASASKAN WEB - Webquest BAGI MATA PELAJARAN ICT.

http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB%5B07%5D.pdf

Jurnal ini telah menghuraikan tentang perkembangan ICT yang telah menukar wajah P&P melalui penggunaan komputer,LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih.Pelajar dapat akses kepada pelbagai jenis maklumat dari pelbagai sumber.Ia meliputi "belajar tentang ICT" dan "belajar dengan ICT".Pelajar dapat terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang merangkumi sesi perbincangan maya.Ilmu yang disampaikan juga perlu sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.Tetapi untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai subjek ini dalam masa yang lebih cepat, enam komponen Webquest telah direka bentuk untuk pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet.Kelebihannya ialah kandungan dan maklumat yang disampaikan adalah teratur , memudahkan pembelajaran,menarik perhatian untuk belajar, tidak membosankan dan memudahkan pelajar membuat rujukan.Kesimpulannya saranan kerajaan Malaysia supaya mengaplikasi ICT di sekolah sangat tepat setanding dengan negara maju yang lain di dunia.

6 comments:

  1. ala...
    kalau mengajar luar bandar camne nak aplikasi enam komponen WEBQUEST...sedangkan line internet xde dan lebih kepada pelajar yang mempunyai komputer..
    theres anything we can do supaya pelajar2 nie x ketinggalan dari segi ict?.

    ReplyDelete
  2. Salam.Bagi saya web quest sememangnya satu anjakan paradigma yang baik.Tetapi kelemahannya pelajar luar bandar khususnya yang berada dipendalaman akan tercicir dalam pembelajaran kerana kemudahan teknologi tidak ada ditempat mereka.Tetapi bagi pelajar bandar mereka akan lebih kedepan kerana mereka bukan sahaja punya teknologi tetapi mereka juga dapat belajar dalam teknologi.WebQuest ini ada baik dan buruknya.

    ReplyDelete
  3. SALAM
    Pada pendapat saya penggunaan ict dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Oleh itu penggunaan webquest juga dapat memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran seseorang guru dan murid untuk abad ini yang serba canggih dan moden.

    ReplyDelete
  4. Salam , Apa khabar Aza?

    Setelah membaca artikel jurnal ini saya bersetuju bahawa dengan pembelajaran yang melibatkan ICT ini adalah mempelajari tentang ICT dan belajar dengan ICT.Dewasa ini guru-guru berlumba-lumba dalam penggunaan teknologi maklumat dengan matapelajaran masing-masing.
    Pembelajaran dengan penggunaan WebQuest adalah merupakan perkembangan pendidikan hasil daripada pelbagai software dalam penggunaan ICT. Pelajar atau penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mengakses
    maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Guru patut mengaplikasikan penggunaan WebQuest dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam memperkasakan profesion perguruan.

    Sekian ,setakat ini..tq.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.

    Webquest adalah salah satu silibus dalam ICT bagi pelajar di peringkat sekolah menengah yang mempelajari subjek tersebut buat masa sekarang, tetapi tidak mustahil pada masa akan datang ia merupakan keperluan kepada semua pelajar.
    Sebagai guru kita hendaklah mengaplikasikan ICT dalam P&P.. walaupun kemudahan untuk pelajar adalah terhad, guru-guru hendaklah menggunakan ICT dalam penyediaan bahan P&P bagi mendapatkan sumber serta menghasilkan P&P yang lebih menarik dan berkesan.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas idea yang sangat baik.

    ReplyDelete